♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 21, 2011

Hospital rakan bayi

PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi. Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.

Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Objektif Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Objektif umum pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif serta pemakanan yang terbaik untuk bayi. Melalui usaha ini, ibu bapa dapat diberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan supaya mereka boleh menentukan penjagaan dan pemakanan yang terbaik untuk bayi mereka.

Konsep Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Hospital Rakan Bayi mempunyai rutin, kakitangan dan polisi yang komited mempromosi, menyokong dan melindungi amalan penyusuan susu ibu melalui pelaksanaan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh WHO/ UNICEF.

Standard Kualiti

Inisiatif ini dilaksanakan melalui penggunaan panduan yang telah ditetapkan oleh WHO/ UNICEF. Sesebuah hospital yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi perlu menjalankan pemantauan dalaman pada setiap enam bulan. Selain itu, penilaian semula akan dibuat selepas dua tahun pertama pengiktirafan dan setiap tiga tahun bagi tahun-tahun seterusnya. Mekanisme pemantauan adalah menggunakan panduan standard WHO/UNICEF.

Latihan

Pelaksanaan ini diperkukuhkan dengan aktiviti latihan, bengkel, orientasi dan taklimat dari semasa ke semasa, kepada anggota kesihatan terlibat dalam Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ini bagi memastikan sesebuah fasiliti tersebut mampu memenuhi keperluan pelaksanaannya.

Kajian

Keberkesanan program ini juga dinilai berdasarkan kajian impak seperti dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II (1996) dan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006). Selain itu, indikator bilangan hospital diiktiraf, data kepatuhan status dan data pelaksanaan pengekalan status Hospital Rakan Bayi juga dikumpul dan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Pengiktirafan Dan Kejayaan

Sehingga akhir tahun 2008, terdapat 125 buah hospital yang telah diiktirafkan sebagai Hospital Rakan Bayi.6 Ini termasuk 6 buah hospital swasta. Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini telah memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 (NHMS III) telah menunjukkan kadar bayi yang pernah menyusu (ever breastfed) meningkat sebanyak 6.1% dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan iaitu daripada 88.6 % pada tahun 1996 ke 94.7 % pada tahun 2006 (Laporan NHMS III, 2006).

Peratus ibu yang memulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran pada tahun 2006 juga meningkat kepada 63.7% berbanding dengan 41.4% pada tahun 1996 (Laporan NHMS 3, 2006).

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi komen serta pendapat & pandangan anda...saya amat menghargainya..:-)

Daisypath Anniversary tickers