♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, May 29, 2011

rajin update blog

hye smua...mornink...cewah pagi2 aku dh rjin mengadap blog nie n mengupdate blog aku, nk x knape?? sbb aku nk tgk sticker pregnncy tue...nk tgk cmner bentuk baby aku skng nie...hikhik3...
sedar x sedar dh 6mggu lebey dh...t dh 8mggu ibu g buka buku pink kat baby yer cyg.....:-)

rupanya seronok bila mengandung nie...rs diri nie lain lah...hik3......
terima kasih pada Tuhan sbb berikan aku zuriat ini agar dpt aku mngndungknnya, melahirkan, dan mmbesarkannya supaya menjadi insan yg berguna......
bukan smua org dpt menikmati saat seperti ini kan...
teramat bahagia wpun kdg2 merungut sbb 'Morning Sickness' tp ble fikir ade baby dlm perut, ilang smua tue....

nnti dh msuk prtghn trnsmeter kedua, ibu nk bli dh r baby stuff.....skang nie ibu nk survey2 dulu...
sape x excited kn anak pertama......:-)
nasib ibu xkosong lm, baby dh ade dlm perut ibu...
klu x ibu g naik bot island hopping lgi r......keh3 (terbantut la nk g Pangkor)

taun dpn dh ade baby, lgi ceria hdup ibu n ayah......:-)
maktok kat kg. pn sronok dgr baby dh ade dlm perut ibu...
tp ibu paling hepy tgk ayah skrng....ayah nmpk lain...
gembira bukan main....hihihihi3....
tp itu ape yg ibu mahukan slama nie.....impian perkhwinan ibu....

Tuesday, May 24, 2011

menentukan jantina anak

hye....today isu panas kat opis nk tntukan jntina ank...
rsnya utk yg baru nk ade ank, xkisah kn, jnji ade anak....
yg penting SUBUR.....!!! laki pn sm....bru menjadi....
org xberckp ank laki atau perempuan tp org akan kate dh mengandung ke? btl x??
yang penting mngndung....
Jantina ank biar Tuhan yg tentukan....
nie kaedah sains jer....klu try boley tp jgn smpai melanggar syariat agama islam....

smua tue rezeki tp klu dh melebihi setahun xde ank baik pergi klinik check kesuburan...
ok dear, sekian.....(mood nk blik so mls nk taip)

Monday, May 23, 2011

lucu about my hubby

since i disahkn pregnnt, my hubby slalu pegang perut....ekekekeke...kdg2 kelakar je tgk...
kdg2 diusap perut sy.....sy tnye die, abg tau ke baby kite kat mana? die ckp ntah....hihihihihi
tp mmg rs bahagia r sgt2.....

smlm sy saje tgk buku Pa&Ma yg ade cerita tntang perkembngan janin, so i told my hubby....syg,bby kite dh de jntung, dh mula berdegup taw.....
spontan je die letak telinga die kat perut sy then die ckp, abg dgr r syg....dgr bnyi jntung die...
ms tue Allah je tahu, sayu gle hti aku nie tgk husbnd cmtue....
rupanyer die xcted gak psl baby nie.....kihkih3....
nk ketawa pn ade tgk telatah die....ekekekekekkeeke...

tp sy rs saat mcm nie sgt bahagia, alhmdllh, terima kasih pd Tuhan sbb mngurniakan anugerah yg x trhingga ini di dalam rahim sy....smoga smuanya slamat...amin.....

Sunday, May 22, 2011

Kelebihan wanita di sisi Allah

Untuk renungan bersama……..Ketahuilah darjat wanita itu lebih tinggi dari lelaki selama mana ia beriman kepada Allah. Ingatlah darjat wanita akan lebih rendah dari haiwan apabila ia ingkar / tidak beriman kepada Allah (melakukan kemungkaran). Wallahualam…

Kalaulah wanita itu sedar betapa mulianya mereka di sisi Allah dan betapa besarnya nikmat dan ganjaran yang mereka akan dapat di dunia dan di akhirat, maka tidak akan ada kejahatan di dalam dunia yang kelam kabut sekarang ni…..

1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda SAW: “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan haramkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah SWT dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah SWT dari segala dosa.”; maka Allah SWT menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui Sirat al-Mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah SWT mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari ‘Aisyah R.HA. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. ’Aisyah R.HA. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah SWT mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

26. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

27. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

28. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

29. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala ibadat.

30. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah SWT mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

31. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

32. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah SWT mengurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi AS.

33. Tidakkan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

34. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah SWT dengan penuh rahmat.

35. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

my baby

alhmdllh, kandungan dh 5mggu lebey n hampir mencapai kepada 6 minggu....
kondisi ibu stakat nie alhmdllh....kurang sket sakit perut yg ibu alami dlu....now lebey ceria...
bley ikut ayah g jln2 kat kL...dlu dok dlm keta jp jer perut ibu dh sakit....

smlm ibu pegi checkup dkt doktor, baby ok sihat, ibu pn sihat....alhmdllh...
next appoinment 2 mggu lgi...
kali nie ibu kna scan perut sbb nk tgk baby....
xsbrnya ayah n ibu nk tggu 2mggu lg....:-)
ibu g klinik swasta jer....kerjaan lambat.....
nnti baby dh 10weeks bru ibu nk g kerjaan.....
habis ibu tnye doktor tue sgala kemusyikilan yg buatkn ibu trtnya2 slama nie...
doktor tue ckp it's normally for ibu-ibu yg baru mngndung...
fuuuhhh, lega hati ibu...
skrng nie tiap2 mlm ibu dh bley tdo nyenyak.....:-)

ayh skang nie baik....ibu suh die bt pe die bt jer...hihihihihi3....
tp tue r tnggungjwb ayah kn kn kn syg...:-)

Friday, May 20, 2011

Enfamama A+ atau Anmum

Salam, hye...tetiba rs nk tukar susu harian plak....hhhmmmm.....
survey n survey from blogger n cri maklumat dlm intrnt....mcm lg ok enfamama dari anmum w'pun kos nya mahal cket tp xper, jnji baby ibu nie sihat n dpt nutrisi yg cukup semasa dalam perut ibu nie,,,,

rs2 ok x kalau sy nk cuba enfamama??? Kak Yun rakan bloggest dlu ade syorkn jugak..die ckp ade perasa coklat....hihihihihi.....klu susu putih cnfirm sy xleh nk telan....


@




Wednesday, May 18, 2011

Yg Terindah Anugerah dari iLahi

hye ank ibu syg, nnti da bsr sket ibu bt blog utk baby erk...
skrng nie baby dh 5mggu dlm perut ibu...
ibu dh rasakan perubahan pd diri ibu....
ibu dh mula muntah2, pening2 n rs xbermaya sgt....
ibu ttp kuatkn semngat demi ank ibu nie...
cyg ank ibu.....

ayah pn heppy tau sbnrnye wpun die xtnjuk secara dpn...
ibu tau...sbb time tdo die slalu belai perut ibu....(belai baby r tue) tp ibu bt xtau jer..hehehehhe
cian ayah, dh lm ibu xmsk kat ayah, smlm ibu msak tp tgh mlm smlm perut ibu sakit yg amat sgt...ibu rs nk mnjerit jer tp ibu kuatkn smngat...ibu pk bby jer kat dlm perut ibu...
ibu doa pd Tuhan slamatkn baby ibu syg nie....

dlm diam rupanya maktok pn seronok...die kire bile ibu akan lahirkn baby....td die ckp baby dh besar sket skrng, sekejap jer...hihihihihi....

ibu pn xsbr nk tgk bby ibu nie lahir....harap bby ibu sihat....lgi 3mggu ibu g bt buku pink kat baby erk.....bt ms skrng nie ibu juz update perkembngan baby dgn doktor swasta....sekurng-kurngnya ibu puas hati tntng perkmbngan baby ibu nie....:-)

Tuesday, May 17, 2011

5 weeks preggy

skang nie nk buka cita pasal pregnant plak...ekekekekekeke
tuggu punye tggu last skali i got a good news for what we are waiting for....!!!!
Alhmdllh, syukur....rezeki kami ade....
best sbnrnya mengandung nie....
w'pun janin masih kecil tp nikmat bila tahu kita dh preggy mmg menyeronokn...
rs mcm dunia nie kite pnye....

Janin masih kecil lgi..mggu lps doktor ckp 4mggu, so die suh pegi klinik lgi mggu nie...
mksudnya klu mggu nie my baby dh 5weeks...:-)

mggu lepas doktor bg asid folic 5mg....katanye utk kuatkan janin sbb janin masih kecil....
also vitamin utk kuatkn badan sndiri...hik3....
tp doktor nie xfriendly sgt....mggu nie i nk g klinik lain plak....
lately nie perut asyik kembung jer, sakit kepala and angin banyak satu badan....
tgh mlm bgu wekkkk then ok....
mmg cmnie ker???

Alhamdllh...rezeki...!!!

Alhmdllh, syukur pd Allah S.W.T di atas kurniaan yg tak terhingga ini....

"

"

"

"

"

"

double line (14/5/2011)

meaning

"

"

I'M PREGGY


smoga smuanya selamat dan berjalan dgn lancar....amin...
sekarang sy tahu cmner perasaan ble tau kita nk jd mommy...
hikhik3....laki bini blur ms mula@ tgk benda ni 2 line....
btl ke neyh....
hubby juz give a kiss n smile at me...
so wonderful...:-)
THANKS ALLAH...
w'pun byk ujian dan dugaan akhirnya kau telah mnggembirakan kami...:-)





Wednesday, May 11, 2011

Confius....

Alhmdllh segala tomahan dh mnjadi sebagai halwa telinga...
biar Tuhan yg mmbalasnya....
hati tenang menerimanya...amin....
mcm2 perkara dh dengar tp sntiasa bersabar....
tima kasih yer pd yg ske bt cite dri belakang, mulut hapak yg suka mngata pd org.....
alhmdllh, berkat kesabaran itu---->>>

pg (12/5/2011-Khamis) do a UPT n the result is....POSITIF...!!!
but, line kedua tue kabur cket.....prgnnt ke cmtue??
klu cri info dlm internet nie die ckp prgnnt tp masih di peringkat awl.....
btl ker??? sgt confius sekarang...husbnd n wife xtau nk ckp ape.....:-)


crdt: en. google

Tuesday, May 10, 2011

Perkara x pernah terjadi dh terjadi....

salam, hye...rndu nk tulis tp xde idea...nk tulis psl prgnnt pn x boley sbb sy BELUM disahkn HAMIL lagi...hikhikhik3.....belom rzeki kami lgi....sbr menanti tnpa rs stress....

ptg smlm blik keje aku trus naik katil then terlelap sbb bdn aku rs mcm xsht, dgn sakit dekat bhgian bwh perut, mak aii.......dugaan.....so smpt tdo kejap, bgun mndi n solat, tp xmsk sbb rs x berdaya...kaki rs mcm nk jatuh, kepala pening2.....


semalam, as usual r hubby pegi main futsal...pkul 7.30 bru die blik umah....slalu ble blik je die akn dtg lepak tepi aku dlu, tgk tv smbil sejukkn bdn die sebelum mandi.....
slalu aku ok jer ngan bau badan die after sukan, nk kata menusuk hidung rs x pun.....tp semalam aku xdpt terima, aku bau BUSUK sgt....then aku trus ckp pd die bau busuk, g salin bju n mndi....die ckp slalu ok je pn...aku pn xtau ape kna ngan hidung aku smlm tetiba bau busuk plak.....


pgi td bgun check tmpreture bawah ketiak 36.6 c...slalunyer 36.0c jer....nmpk kn xnormal...nie bdn dh rs lesu mcm org demam...sakit perut then td aku dh keluarkn cket ape yg aku mkn pgi td.....slalu klu aku dmam mmg cmnie.....

En. P dh bt appoinment tiap2 bln....bln nie en.p dtg melawat pd 12/5/2011 maknanyer esok lah kn...so tgh berkemas n siap sedia utk menerima lawatan dari en. p....:-)
sekiannn.....

Sunday, May 8, 2011

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

credit from : http://qlateboy86.blogspot.com

Wednesday, May 4, 2011

weight +++++++

salam, hye...hari tue sy ade cita kn berat sy naik 1kg.....after 2month get married...1kg....but now...my weight up 1kg more....uhhhhhh....sgt xtau kenapa....
skarng nie nafsu makan kuat....dlu klu ns sket je ckup, skang nie mesti amek byk....
dlu bihun sup/mee or smething yg seumpanya ssh nk habiskn smngkuk, tp skrng nie laju jer....
klu mngeluh dgn hubby berat dh naik, hubby snyum jer......then bru nie ade yg tegur, wah, nmpk berisi...punggung, breast n muka.....then trus rs nk diet tp x boleh...nnti jd lapar sgt n sakit perut...
started last week, setiap mlm time tido bdn rs panas sgt, selimut pn cmpak kat tepi....pastue rs dahaga...padahal setiap hari hujan kat sni...xfaham btl.....
sbelum kawin x mcm nie pn...lps kawin klu nk period jer msti kna period pain...adoii......
nie ke dipanggil perubahan hormon....
yg lain aku x kisah, tp bab berat tue kesah sket....ekekekekekekke

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdullh

syukur pd Tuhan kerana telah memberikn rezeki pada mama saya utk menunaikan haji........
nama dh tersenarai....mama akan ke Mekah tahun nie....alhamdllh...
itulah impian mama sy selama nie....nk pergi Mekah, menunaikan fardhu Haji
Nmpknyer, ry haji tahun nie xblik kg. ler sy kot....bergntung pd my hubby lah...
ape pn, adk n kakak sgt hepi after dgr mama ckp cmtue...
yelah, dh lm mama aku niat nk pergi Mekah....hikhik3
die ckp, mama nk kakak kawin dlu baru mama nk pegi...
alhmdllh, Tuhan makbulkan impian mama tue....
aku pn dh berumahtgga tahun nie, so mama aku pn dpt pergi haji tahun nie jugak...!!!
mama aku pergi dengan ibu mertuaku n jiran aku...
alhmdllh, mama ade teman, so adk n kakak x perlu risau....:-)
smoga Mereka mendapat haji yg mabrur....

so, aku dh ckp pd en.suamey.....ry aidilfitri nie k blik kg...!!! kih3.....

Monday, May 2, 2011

Happy weekend + Labour day

salam, hyeee......so, so, so happy last weekend...
plus extra leave because labour day....
x blik kg....just spend time here....but...
my husband's family came here....
so we had a Family Gathering......:-)

so happy becoz i can meet this cute little boy.....syg kat die...
called him Lukman Hakim...


tgk, Maklang suruh posing, die pn posing....hihihihi3....ank menakan yg paling rapat n byk celoteh...
really miss him after kenduri ari tue then x jmpe die lgi....so dpt spend 3 days with him..dh hilang sket rs rindu tue...alhamdllh....

penat berjalan tp happy sgt, wpun rs dh down, kaki dh sakit2 tetapi still nk berjln juga sbb ble dh rmai2 cmtue, hilang smua rs tue...!!!

jom layan gmbar.....juz a few, majority in k.long's camera--->>>>>>>>>>>>

sibuk nk interprame gak...ekekekeke.....

Lokman n Firas.....dieorg sepupu yer....

permintaan bdk cute nk interprame ngan Maklang....;-p

4 of us.....
tp perot mak buyong xnmpk...xtau ms tue mak buyung ilang kat ner...ekekekekke.....maap yer kak long, cri x jumpe nk gmbar...syok shopng sgt tue....
Daisypath Anniversary tickers