♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 27, 2011

Suamiku inspirasiku...terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.....(ayt nie mmbuatkn aku rs sgguh bahagia)

Suami, inspirasiku, penawar dukaku, tempat bergntung harap, tempat meluahkn persaan.....ape pun jua die tidak pernah mmberi pndngn yg negatif malah menasihatiku dan menjadikn diriku sbgai seorg yg penyabar...syukur pd mu Ya Allah kerana mengurniakan aku suami seperti ini....setiap nasihatnya pasti ade perkataan 'sabar'...yer syg, sesungguhnya aku telah berada dlm tahap kesabaran yg amat tinggi sekarang, malah turut terasa diri ini semakin dekat di sisimu Ya Allah...setiap cabaran serta dugaan akan melemahkn iman kite....hanya beristighfar dan mngucpkn syukur di atas setiap dugaan tersebut.....alhmdllh.....now i'm in there....

Dugaan di dunia sentiasa ade, dgn adenya dugaan, maka ade jua jln kegembiraan....walaupun jalan kegembiraan itu lewat tiba, tetapi dlm mengharungi dugaan tersebut ade makna yg tersirat di sebalik semuanya....

aku bkn hendak mnjadi seperti khadijah tetapi cuba utk menjadi yg terbaik..menjadi seorg isteri yg dibanggkakn oleh suami....andai kita tidak mengubah diri kita, siapa lgi yg boleh ubahkn...??? sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia....berwaspadalah...hanya Allah yg maha mengetahui ape yg ade di hati kita....

terima kasih ku ucapkn kepada suamiku kerana sentiasa membimbingku dan menyayangiku....smoga ape yg kita bina ini berkekalan dan diredhai ILLAHI.....amin...

Wanita Yang Indah

Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia..

(sumber: i luv islam)

Monday, April 25, 2011

Alhamdllh...

Alhamdllh......


Thursday, April 21, 2011

Hospital rakan bayi

PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi. Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.

Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Objektif Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Objektif umum pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif serta pemakanan yang terbaik untuk bayi. Melalui usaha ini, ibu bapa dapat diberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan supaya mereka boleh menentukan penjagaan dan pemakanan yang terbaik untuk bayi mereka.

Konsep Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Hospital Rakan Bayi mempunyai rutin, kakitangan dan polisi yang komited mempromosi, menyokong dan melindungi amalan penyusuan susu ibu melalui pelaksanaan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh WHO/ UNICEF.

Standard Kualiti

Inisiatif ini dilaksanakan melalui penggunaan panduan yang telah ditetapkan oleh WHO/ UNICEF. Sesebuah hospital yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi perlu menjalankan pemantauan dalaman pada setiap enam bulan. Selain itu, penilaian semula akan dibuat selepas dua tahun pertama pengiktirafan dan setiap tiga tahun bagi tahun-tahun seterusnya. Mekanisme pemantauan adalah menggunakan panduan standard WHO/UNICEF.

Latihan

Pelaksanaan ini diperkukuhkan dengan aktiviti latihan, bengkel, orientasi dan taklimat dari semasa ke semasa, kepada anggota kesihatan terlibat dalam Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ini bagi memastikan sesebuah fasiliti tersebut mampu memenuhi keperluan pelaksanaannya.

Kajian

Keberkesanan program ini juga dinilai berdasarkan kajian impak seperti dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II (1996) dan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006). Selain itu, indikator bilangan hospital diiktiraf, data kepatuhan status dan data pelaksanaan pengekalan status Hospital Rakan Bayi juga dikumpul dan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Pengiktirafan Dan Kejayaan

Sehingga akhir tahun 2008, terdapat 125 buah hospital yang telah diiktirafkan sebagai Hospital Rakan Bayi.6 Ini termasuk 6 buah hospital swasta. Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini telah memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 (NHMS III) telah menunjukkan kadar bayi yang pernah menyusu (ever breastfed) meningkat sebanyak 6.1% dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan iaitu daripada 88.6 % pada tahun 1996 ke 94.7 % pada tahun 2006 (Laporan NHMS III, 2006).

Peratus ibu yang memulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran pada tahun 2006 juga meningkat kepada 63.7% berbanding dengan 41.4% pada tahun 1996 (Laporan NHMS 3, 2006).

bila sy d tempat lain

hhmmm.......smlm, 21 April 2011, aku diminta utk mnggntikan Tempat PA kepada SUSK YB Menteri....so, aku pn pindah ler ke sebelah opis Menteri....tmpt asl aku d sblah Pejabat Setiausaha Politik.......aku rs best sgt kat sblah sn.....
keje kat sn mmg bz sgt...byk keje n pelbagai....so aku dpt bljar mcm2....sgt suka...
tue r jenis kerja yg aku cari...dulu ms keje compny mmg aku bz gler r mcm tue smpai kdg2 terpksa bw blik bt kat umah....
mood aku trus berubah smlm...happy sgt kat sn...dpt knl rmai org.....kat sni keje aku sket jer, x mncbr tp aku bersyukur sbb rezeki aku di sini...kalau dieorg offer aku dok sn mmg aku nk tp ssh r aku nk cuti...kat tmpt skng nie bos aku snng bg aku cuti...tp klu kat sn aku dpt bljar byk perkara...
buut for me keje company is the best sbb aku ske bljar english language...ble keje dgn surat2 bahasa melayu nie aku jd blur pd english...hikhikhik3....
aku nk smbung bljar blik but tggu baby aku yg 1st nie kluar dlu..nnti klu tgh bljar then nk bernak kn dh rugi ms tue....xnk ler aku nk tangguh2.....hik3.....sekiannn...

Wednesday, April 20, 2011

Amalan Semasa Mengandung

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Tuesday, April 19, 2011

Perempuan @ Wanita @ Isteri

mood rjin sgt nk taip dlm nie...sbb nie kn diari eletronik...hikhik3....
smua cita nk cita dlm nie....nnti dh tua2 nk tgk blik snng, hikhik3......
pengalaman, suka, duka....
ade happy, ade sedey, ade marah,
nie lah kehidupan.....

mungkin Tuhan sedang menguji.....menguji sbb die sygkn hambanya...
manusia ade je sifat dengki,, iri hati, sifat pengampu....so, mampos dieorg ler kn...
still igt lgi pesan my mum...ape pn terjadi kita perempuan kena jg maruah kita...
lantak r laki kita nk bt per jnji kita xburukkn diri kita sndiri.....
jaga maruah sebagai seorang perempuan dan seorang isteri.....


Daisypath Anniversary tickers