♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, December 4, 2011

33 Weeks....

when i saw my little, i feel so ........(no words can discribe it)

Gembira sehingga menitiskan air mata.....anugerah dari Allah S.W.T......Alhmdullh, xperlu menunggu terlalu lama kehadiranya dalam rahim ini....
en. hubby pn hepy jer nmpk...ehehehehe.....mgkin xsbr nk main dgn baby kot....
barang baby smua alhmdllh, dh lengkap...juz waiting the time jelah.....
kdg2 rs xsbr nk tgk my baby....kdg2 rs takot...

skrang dh 8bulan usia kandungan....hanya tggl lgi 1bulan utk aku deliver.....pejam celik nnti dh smpai msnya.....:-)

kongsi sedikit info : kandungan 33 minggu

Perkembangan fetus - hamil 33 minggu


kulittengkorak
Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.



3 comments:

  1. salam..
    wow...tu muka ya?? ishh..excited la sy tgk..msti pn aisya x sbr..

    ReplyDelete
  2. cik nasha : a'aa....nasib baik setelah dipujuk, si kecil nie alihkn tgn die...klu x, xnmpk muka...huhhuhu...:-)

    ReplyDelete
  3. wow..saya pun nak menitis juga tgk muka baby awak..bestnya...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi komen serta pendapat & pandangan anda...saya amat menghargainya..:-)

Daisypath Anniversary tickers