♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

Nasihat Utk Para Suami dan Isteri

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya
isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah
setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami
adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami
bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi komen serta pendapat & pandangan anda...saya amat menghargainya..:-)

Daisypath Anniversary tickers