♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Monday, April 11, 2011

2 Month ++++ n weight +++++

Alhmdllh...tiada kata yg dpt mnggmbarkn utk kegembiraan ini...

"KAMI SGT BAHAGIA"


sedang menantikan kehadiran cahaya mata bagi menyinari kehidupan kami.....juz pray to ALLAH s.w.t for the munchikin in mummy womb....how sweet..!!!! kite x boleh terlalu mgharap sahaja tp berusaha untuk itu.....abaikan kata-kata org luar n anggp dieorg bkn Tuhan, knape nk mengomel lebey....

hari tue tgk 'semanis kurma'...topik yg dibincangkan ialah ' rajuk hati menanti permata'....best smpai aku sndiri menagis....sedey sgt dgr cita sorg pndengar nie...dh 6tahun kawin tp belum mempunyai zuriat....suami n mak mentua xkisah tp mak kandung die plak yg bg presure pd die...kesinnya....oiii makcik ko bkn Tuhan nk judge seseorg tue....!!!

pnh bc buku jg knape Tuhan blom bg rezeki pd kite...cuba fikir ape dosa yg kita dh buat, dlm kehidupan kita seharian??? klu hati kita dengki pd seseorg yg lebey dri kite tue pn kira dosa...

benda mcm nie mane bley nk stress, bkn keje kita, tue smua keje Tuhan....to my friends keep trying n always pray n remember to God...because smua yg trjdi adalah daripadanya....

baru kawin 2 bulan berat dh naik 1kg......selera makan semakin kuat.....hye....tp xper sbb mmg target nk naikkn berat bdn sket...ok sket jer taw, bkn lebey2.....alhmdllh, dh naik sekilo.........45kg - 46kg....:-)

Wednesday, April 6, 2011

Happy Story

Alhmdllh, dh 2bulan sy n husbnd mendirikn rumahtgga....
blom lgi dikurniakan cahaya mata, insyllh...mgkin belum rzeki..hanya berserah sj pd Tuhan...
part gaduh sgtlh sedikit n x mkn ms yg pnjg.....gaduh2 manja.....
best sbnrnya ble masing-masing menjga perasaan masing2.....sharing is caring....
lurve u darling....

semenjak dua menjak nie husbnd mula care psl pemakanan aku.....
hihihihihi....dlu aku jer jg tntg pmknn aku, tp ble aku xde mood aku men sebat jer...
mcm baru nie, mkn durian sbb trgin sgt smpai demam n sakit tekak...
ble aku ckp jer kat en. suamy yg aku nk durian lgi trus die ckp 'xelok la mkn durian byk2.durian tue kn panas'...ok cyg, ayg dgr ckp abg....(dlm hati aduhhh dugaan, sodap gle tgk durian)
sgt happy sbb husbnd pun take part dlm hal nie....:-) tQ abg syg....

mood aku, hhhhmmmmmm...skrng nie asik moody n baran jer....tmbhn pula ade org yg buatkn aku baran...mcm sial...!!! mmg sial r...!!! aku doakn smoga Tuhan bls blik ape yg ko dengkikn pada kehidupan aku...!!! pastue tmbh pula dgn prob di tempt keje sbb ade org PRO sgt kat sni....lgi r tmbh tension aku....nsb sbb aku fikir kesian kat husband aku ja aku xbenti keje....klu x da lm aku RESIGN...!!! duduk umah, jg mkn minum suami aku pn bagus dri aku penat@ kat sni layan kerenah ko...!!

Ptg nie nk g bli susu tepung dgn husband sbb i like minum susu malam2.....shukenyer....
dh BBM die, die ckp okey....tue cyg sgt pd die tue....
xpnh nk mengecewakan hati nie....:-)

Monday, April 4, 2011

BENGANGGGG......DH TUMPANG LPS TUE BT PRO PLAK...

iiissshhhkkkkk, aku jd sgt bengang bile si C nie masuk opis....die bkn satu kaumm dgn kite....dh ler menumpang,pastue pndai nk mngrhkn org plak....die xbrani sgt nk arahkan aku tp die gunakan org lain utk arah aku bt keje die....aku sgt xsuka bt keje mcm tue dann.......hate ler klu de org cmtue....!!!! aku lyn keje yg btl2 dlm bidang aku jer....g mampos ler ko....pastue klu mintk tolong tue xckp byk xper, nie byk songeh n komen pulak......membutkan mood aku jd SGT BENGANG!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

Rahsia utk menambat hati suami.....

40 RAHSIAMENAMBAT HATI SUAMI

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain. *Alhmdllh, skrang sy mmg buat cmtue....:-) *

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. Jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.*semestinya*

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.*30 minit?? errmmm, always lebey dri 30 minit...*

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.*Saya rase saya lebih tahu dri dieorg*

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).*selalu*

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.* also do it...*

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.*hihihihi3 nie xkot sbb slalu suami kna tggu sy...:-)*

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung) *dh mula praktikan hal ini*

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).*InsyaALLAH….*

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.*Makk aaaiiii…part “tunggu sejuk” tu paling payah sekali kottt!!!*

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.(jika boleh) *InsyaALLAH *

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali. *slalu buat cmtue....:-)*

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.* xpnh tnya pun lgi...hihihihi5*

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.*dh praktikan dh*

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.*Adoiii…kalau RINDU camne??? Takkan x leh nak call kot? Part “mengalakkannye” x perlu…sebab bini Abg ni dah memang semulajadi galak! =p!*

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.*Pernah kah Abg menjauhkan diri dari saya dengan sengaja??? Macam tak pernah jeee….
*
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.*slalu kaco die, hahahahaha*

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.*yer, sy mmg jenis xske nk melawan*

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.*slalu suruh, kdg2 x suruh pn die bt...*

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.*Okay…*

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.*anggun jer kot, wangi sbb bau sabun...hik3...insyllh akn cuba *

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.*Of course my hubby is always RIGHT!*

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.*Boleh je*

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.) *ok*

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.*Mesti la berleter! Jalan tu dah lalu byk kali pun bleh salah lagik!

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.*ok*

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.*Sangat tak suka tukar2 channel time tgk TV okay!*

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.*yer, tepat*

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.*hehehehe...like it..*

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” *slalu...time die blik keje, pegi keje n mlm...*

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.*slalu aku yg kena pilih tempat*

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.*tak kot*

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak.(jika sesuai) *xde ank lgi...xtau..hehehehe*

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya. *No hal nye…*

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala. *Ya betul! Memang sangat2 penting ye yang nie…*

36. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.*Yelah..yelah…tapi kalau die yg selalu pulang paku buah keras kat kite camne??? Ade kelonggran kan??? Hehe…*

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. *kadang2*

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.*xpenah bt lgi*

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.*semestinya...insyllh*

40. Digalakkn isteri tido diatas lengan suaminya. *slalu cmtue...setiap hari..hihihi...kira mlm2 xyah bantal...:-) *

Monday, March 21, 2011

Satu Peringatan Buat diri Saya dan jg yg lain


Isteri....adalah satu anugerah bg Suami manakala Suami pula satu anugerah buat isteri...
Tuhan telah menciptakan makhluknya secara berpasangan di dunia ini...
Allah telah menentukan jodoh seseorg itu....
yang berlaku sebaliknya berpunca dari perbuatan kita sendiri....
kita je yg akan memilih sm ade ke arah ke baikkn atau sebaliknya...
ape yg Allah telah tetapkan adalah yg terbaik buat diri kita....
Suami mithali idaman seorg Isteri....bagaimana pula klu kita yg isteri nie x mithali??
Adil ke?? tentu tidak adil kn...??
bkn nk berceramah tp cuba utk mengingati setiap dosa yg kita buat dan cuba utk mengelak supaya tidak berlaku sekali lagi...


1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.


Seorang isteri yang baik perlu menjaga maruah suami serta maruah dirinya supaya tidak dipandang hina di sisi masyarakat....




Sunday, March 20, 2011

Honeymoon Kali Ke-2

Salam...hye...errrmm...tetiba kaki sy rs gatal nk pergi berjalan2....tp nk pergi ketempat yg x menghabiskn byk dt plak....hikhik3

I haved choose PANGKOR ISLAND.....
sy sgt suka laut...tenang, cntek, besh....
ermmm, mgkin nk pergi sn dlm bulan April nie....
boleh juga dikatakan pergi honeymoon utk kali ke-2....
utk menghilangkan tension di tempat kerja.....

dh choose hotel, but xleh plak nk booked online..so i juz reserved it....rs nk pegi 2 hari 1 mlm jer....
cukup kot kn...nk g relax2 jer....hikhik3
cofius xtau hotel mane best...Teluk Dalam Resort attau Puteri Bayu Beach Resort....
dua2 mcm menarik jer...
confius...nk kena pk blik nie....
t hotel xok mood pn xok....

sekiaaannn........:-)


Tuesday, March 15, 2011

Review Makeup for Resepsi n Bertandang

Salam....hye..morning....hik3...
mood happy tetiba dtg...
tetiba rs nk menaip....kihkih3....
kali nie nk story psl makeup plak...
Makeup ms resepsi n majlis bertandang....
ssh jgk kn klu nk jatuh hati pd makeup seseorg tukang makeup tue......
puas mncari last2 jmpe ler seorg makeup artst nie...then ble tgk makeup2 die, jatuh hati...





some details about him---->>>>

EWAN MALTA
NO.PHONE : 012-4948162

klu perlukan khidmat beliau, just call him...:-)
Daisypath Anniversary tickers