♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 2, 2012

PETUA DAN TEKNIK MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN SECARA NORMAL

Ni antara petua yg aku nak share, xingat lak amik katne...sempat gak apply ms bersalin ari tu cuma fail tang amik nafas masa meneran...sbb tu lame gak amik masa nak kuarkn baby..huh!! semua ni penting, takut xcukup nafas nti, lg2 kalu badan kite dah lemah...hmmm...

I. PETUA YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA MENGANDUNG UNTUK MEMUDAHKAN KELAHIRAN

1.
Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.

Maklumat lanjut sila layari
www.askbaby.com/breathing-exercises-for-labour.htm


2.
Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya.

3.
Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekalai apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

4. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk dikuatiri ibu-ibu akan lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.

5.
Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, ibu makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan ibu mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

II. PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)


1.
Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Mula
minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh,
sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4.
Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5.
Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6.
Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”

III . PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan
seorg khalifah Allah ke dunia.

2.
Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3.
Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan
berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4.
Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Rumusannya..
Ini adalah sekadar panduan sahaja. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini. Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit. Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita. Mudah-mudahan dipermudahkanNya... Amin..

16 comments:

  1. blom dik, tgh tggu ms baby kuar je nie dik....hehehee...doakan utk akk yer...:-) thanks

    ReplyDelete
  2. salm perkenalan,

    pn aisya izinkn sy copy paste info nie yer,tq..
    erm msti tgh bdebar tgu ms jer kn,sy doakn sglanya bjln dgn lncr dan slmt yer..^___^

    ReplyDelete
  3. loveaqsha: it's ok dear...sharing is caring....thanks so much...i'm so neves right now....

    ReplyDelete
  4. time akak hari tu, merempit pergi sepital. tau-tau dah terbuka 3cm. ahaha, 1st time merasa bersalin normal.

    ikut, baca dan fahamkan cara2 atas ni betul2 sebab mmg menjadi. masa aktif contraction tu, ma'oi mcm nak terjun katil bergulung-gulung sakit. tapi ok la. sakit sikit je, masa nak keluarkan baby tu.

    akak tak kena jahit, koyak sikit je. terangkat montot masa teran. hehehe... goodluck.

    ReplyDelete
  5. wah,tips yg bagus. sy nak share jugak ;)

    ReplyDelete
  6. Tumpang share boleh..;-)

    ReplyDelete
  7. huhu bestnyee bc teknik ni..cam nak apply cecepat jew..tp..39 minggu da ni..baby lom nak kuaar..

    ReplyDelete
  8. Thnks ye diatas info2 yg tlh diberikan

    ReplyDelete
  9. thanks sis... share info yang amat manfaat:-)

    ReplyDelete
  10. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. awak buka web saye banyak foto/ vidio bugil saye dan cari profil saye disini free

      http://mama1cantik.nichesite.org/

      Delete

terima kasih kerana sudi memberi komen serta pendapat & pandangan anda...saya amat menghargainya..:-)

Daisypath Anniversary tickers