♥ Doa Mama & Papa ketika mama hamilkan sayang♥

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Amin~"



Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 1, 2010

'Mengatur Persiapan Ke Gerbang Perkahwinan'

NOW....only left 2months....hhmmm....
sy ade terbaca dlm mjalah nie...topik yg diperkatakan ialah
'Mengatur Persiapan Ke Gerbang Perkahwinan'

bukan mudahkn nk mengadakan majlis perkahwinan nie..hehehe(bru tau,betapa difficult)
banyak perkara yg perlu dibuat tmbah2 bile si pengantin sndiri jd WP utk wedding sndiri....demi memastikan kelancaran majlis dan kesempurnaan majlis, pelbagai usaha perlu kita bt kn...

bagi yg dah selamat menjadi Suami Isteri pasti akan rs lega sgt sbb dh lepas 1 perkara....
tp bile kita serahkan sepenuhnya pd Vendor, pasti rs x sOnOk kan...nk jg tgk hasil kerja tgn kita sndiri...



12Bulan sebelum majlis :-
* Tetapkan Tarikh Pernikahan
* pilih konsep perkahwinan idaman dan selidik budget
* kunjungilah pameran perkahwinan utk mendapatkan idea-idea
*tentukan lokasi pernikahan
* Buatlah sebuah fail atau folderyg mengandungi pecahan barangan keperluan perkahwinan
* mula berdiet dan melakukan olahraga
* bacalah majalah2 berkonsepkan perkahwinan
* pilih rekabentuk kad undangan perkahwinan, buku tamu, dekorasi dan cenderamata


6 Bulan sebelum perkahwinan:-

* Kenal pasti jumlah tetamu yang ingin diundang dan tempah kad perkahwinan anda
*berikan pengesahan tarikh kepada semua vendor
*Mengesahkan tempat dihotel atau taman, rumah termasuk meja, kerusi, khemah, menu
* tempah homestay utk tetamu yg dtg dri jauh


3 Bulan sebelum perkahwinan:-

* Lakukan permeriksaan diklinik atau hospital
* dapatkn rawatan intensif wajah, tubuh dan rambut
*kenal pasti dua org saksi utk mjlis pernikahan



2 Bulan sebelum perkahwinan:-

*membeli barang kemas serta menentukan pengapit
*Menghantar kad jemputan
* merujuk kepada JABATAN AGAMA ISLAM utk proses pendaftaran nikah
(ini time saya..hihihi)



1 Bulan sebelum :
* Hubungi tetamu yang membuat pengesahan kehadiran bagi memudahkan pengaturan tempat duduk
* lakukan pengesahan terakhir semua perkara
*sesekali vuba pkai kasut yg akan dikenakan pada hari persandingan supaya terbiasa dan tidak sakit sewaktu majlis berlangsung



2 minggu sebelum perkahwinan:-

* pastikan pakaian dan barang hantaran telah tersedia
pilih gaya rambut atau tudung




3-1 harisebelum perkahwinan :-
* Pastikan 90% persiapan siap dilakukan
*hubungi jurugambar, juruvideo, makeup, kompang
*tidur awal




Hari pernikahan :-
* pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar dan segala dokumen yang diperlukan semasa majlis akad nikah
* pastikan saksi, wali dan kadi yang akan menikahkan anda dan pasamgan telah diberitahu tentang hari pernikahan




Hari Persandingan:-
* ambil sarapan diawal pagi bagi mengelakkan anda berasa mengantuk, lapar dan tidak bermaya
*mulakan dandanan dan solekan lebih awal
*jangan gelabah, gementar dan takut.sentiasa bertenang dan tersenyum...:-)



4 comments:

  1. hi there, date wedding kite dekat2lah. saye 1 day after u :)

    nway, followed & linked u.. keep in touch :)

    ReplyDelete
  2. hye...wah...same month erk...hikhik3 tQ dear..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi komen serta pendapat & pandangan anda...saya amat menghargainya..:-)

Daisypath Anniversary tickers