
Pada usia 28 minggu, kedudukan bayi seharusnya pada kedudukan cephalic (kepala bawah), dan sebaik-baiknya kedudukan bayi ialah terlentang.
Ini boleh dikenal pasti melalui kaedah ultrabunyi ataupun melalui pemeriksaan vigina dengan merasa kepala bayi. Sama ada merasa belakang kepala bayi ( vault of skull) atau juga dikenali sebagai occipital atau merasa bahagian dahi iaitu frontal.
Jika kedudukan bayi tidak pada kedudukan cephalic, proses kelahiran adalah sukar dan kadang-kadang tidak boleh dilahirkan secara normal dan memerlukan pembedahan LSCS. Kedudukan yang dimaksudkan ialah songsang(breech), melintang(tranvers) dan oblique cephalic dan breech.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengembalikan semula kedudukan bayi ke kedudukan asal. Kaedah paling lazim ialah dengan mengurut. Dalam dunia serba moden dengan kurangnya usaha mewarisi kaedah silam dalam seni urutan melayu khususnya dalam urutan perbidanan, amatlah sukar untuk menjumpai tukang urut yang benar-benar mahir dan berkebolehan.
Selain itu kaedah mengurut juga agak merbahaya kerana kita tidak nampak apa yang berlaku dalam kandungan, dikuatiri dengan mengurut bayi dalam kandungan akan menyebabakan leher terbelit tali pusat kerana urutan boleh ditafsirkan juga sebagai menggerakan bayi secara paksa.